
AL MADAR
SRI & MAAHAD TAHFIZ
TENTANG
LATAR BELAKANG
Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Madar dan Maahad Tahfiz Integrasi Al Madar (dulu dikenali sebagai Maahad Litahfidzil Quran Al Madar) merupakan sebuah institusi berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapat pemantauan serta pentauliahan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Institusi ini ditubuhkan bagi menyediakan platform mendalami ilmu agama secara PERCUMA bagi pelajar asnaf yang berkelayakan, serta terbuka kepada mereka yang berkemampuan dengan kadar yuran yang rendah. Ditubuhkan sejak tahun 2006, mula mendapat lesen pada tahun 2008, dan telah banyak kali berpindah lokasi premis.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
SRI Al Madar menyediakan perkhidmatan KAFA (Kelas Asas Fardhu Ain), mengaji, tahfiz al-Quran dan akademik bagi pelajar berumur 7-12 tahun, manakala Maahad Tahfiz Integrasi Al Madar menyediakan pengajian tahfiz al-Quran dan hadis, pengajian agama, serta akademik dan mempersiapkan pelajar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolaan Malaysia (STPM) dalam aliran sastera, agama, atau sains tulen bagi pelajar berumur 13-19 tahun.
TENAGA PENGAJAR
Guru-guru yang mengajar secara sepenuh masa merupakan mereka yang berpengalaman dalam bidang pendidikan dan telah mempunyai beberapa pencapaian dalam segenap bidang, bukan sahaja agama, malah duniawi. Terdapat juga guru-guru yang mengajar secara separuh masa, yang terdiri daripada alumni Maahad yang merupakan graduan atau penuntut universiti dalam dan luar negara.
PELAJAR
Pengajian KAFA dan Tahfiz terbuka untuk pelajar lelaki dan perempuan. Untuk maklumat lanjut, click butang di bawah.
PENGAMBILAN
PELAJAR
Pengajian di SRI dan Maahad dibuka SEPANJANG TAHUN. Untuk maklumat lanjut, click butang di bawah.
SILIBUS
Silibus pengajian agama dan akademik yang digunapakai menepati kehendak JAIS, KPM dan MPM.Untuk maklumat lanjut, click butang di bawah.